Riadah sempena Euro 2012

Admin

 

MOHD. Tuah Ismail (berbaju putih) tidak melepaskan peluang menyepak bola ke gawang mini pada program Aura Euro 2012 di Taman Rekreasi Pondok Upeh di sini baru-baru ini.
MOHD. Tuah Ismail (berbaju putih) tidak melepaskan peluang menyepak bola ke gawang mini pada
program Aura Euro 2012 di Taman Rekreasi Pondok Upeh di sini baru-baru ini.

MERIAH… Kehangatan  kejohanan bola sepak Euro 2012 jelas terasa di manamana jua. Tidak ketinggalan di kawasan Pulau Betong a p a b i l a Jawa t a n k u a s a Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pondok Upeh telah menganjurkan program Aura Euro 2012 di Taman Rekreasi Pondok Upeh di sini baru-baru ini.

Pelbagai acara telah diaturkan sepanjang program tersebut antaranya sukaneka, senamrobik dan cabutan bertuah. Program riadah yang mendapat sambutan daripada Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang dan Wanita Prihatin Pulau Pinang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain; Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail; PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Taufik Sulong.