RM3 juta untuk PTSR

Admin
USAHAWAN dan peniaga-peniaga kecil tekun mendengar ucapan bersempena Program Ke Arah Memartabatkan Usahawan Mikro di bawah PTSR baru-baru ini di sini.
USAHAWAN dan peniaga-peniaga kecil tekun mendengar ucapan
bersempena Program Ke Arah Memartabatkan Usahawan Mikro di
bawah PTSR baru-baru ini di sini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

BAYAN BARUKerajaan Negeri menaruh harapan tinggi terhadap kira-kira 709 peminjam Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) yang merupakan peniaga-peniaga kecil dari golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal dalam memanfaatkan pinjaman diberikan demi meningkatkan perniagaan masing-masing.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sejak PTSR dilancarkan pada Oktober 2009, golongan berkenaan (penjaja dan peniaga kecil) telah menikmati manfaat kos pinjaman tanpa faedah dengan jumlah maksima RM5,000 (pertama kali) yang diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Bagi pinjaman kali kedua, sebanyak 8 peratus caj perkhidmatan dikenakan dengan nilai maksima ditingkatkan kepada RM8,000,’’ katanya pada Program Ke Arah Memartabatkan Usahawan Mikro di bawah projek PTSR di PDC baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, Timbalan Pengurus Besar PDC, Datuk Abdul Rahim Isahak, Ketua Pegawai Eksekutif PTSR, Iskandar Basha Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus.

Guan Eng memberitahu, dana RM3 juta telah dperuntukan dalam menjayakan PTSR sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang.

“Objektif Kerajaan Negeri mewujudkan PTSR adalah sebagai satu sistem penyaluran modal yang mudah dan tidak membebankan penjaja dan peniaga kecil.

“Malah, falsafah PTSR merupakan Pinjaman Asas Simpanan yang bermatlamat untuk mewujudkan modal tambahan, menggalakkan budaya menabung dan mewujudkan rangkaian.