Karnival erat silaturahim masyarakat SPS

Admin

SUNGAI BAKAP“Karnival Mesra Rakyat ini ternyata mampu mengeratkan silaturahim sesama tetangga dan juga wakil-wakil rakyat bersama masyarakat setempat,” ucap Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman ketika Perasmian Acara Penutup Bagi Siri Jelajah Mesra Rakyat 2012 di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, trend karnival kini menjadi platform unggul untuk mendekati masyarakat setempat terutama masyarakat desa kerana keutuhan semangat gotong-royong dan tetangga jelas terpelihara.

“Alhamdulillah, karnival bagi 2012 ini memang mendapat sambutan dengan pelbagai acara telah diatur.

“Terima kasih dan tahniah kepada penganjur iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana mengadakan karnival yang sangat signifikan dan bermanfaat,” ucap Mansor di hadapan kira-kira 200 penduduk di Padang Awam Permatang Ara di sini.

Selain gotong-royong yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Permatang Ara, Jalan Sentosa dan Flat Taman Seruling Mas, perlawanan futsal antara belia turut diadakan.

“Menariknya kali ini, kita turut mengadakan konvoi bermotor bagi menyerahkan bantuan kepada masyarakat setempat.

“Antaranya, kita menyerahkan bangku batu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada penduduk di Flat Taman Seruling Mas, melawat penduduk yang uzur dan daif serta membaiki bumbung rumah yang usang di sini,” kata beliau yang melawat hampir 30 rumah pada hari tersebut.

Acara kemuncak bagi Karnival Mesra Rakyat ialah jamuan Kenduri Rakyat yang diadakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

M A N S O R O t h m a n (tengah, atas tangga) turut membantu membaiki bumbung usang di sini.
M A N S O R O t h m a n
(tengah, atas tangga)
turut membantu membaiki
bumbung usang di sini.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).

MANSOR Othman (dua dari kanan) tidak keberatan membantu bentara menyediakan makanan untuk Kenduri Rakyat yang diadakan sempena Karnival Mesra Rakyat di sini baru-baru ini
MANSOR Othman (dua dari kanan) tidak keberatan membantu
bentara menyediakan makanan untuk Kenduri Rakyat yang
diadakan sempena Karnival Mesra Rakyat di sini baru-baru ini