Sekolah Hijau terima insentif

Admin

GURU Besar dan guru-guru dari empat buah sekolah yang menerima insentif khas bergambar kenang-kenangan bersama Lim Guan Eng (tiga dari kanan), Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy (dua dari kanan) dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh (kanan sekali).

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyampaian Insentif kepada empat buah sekolah di negeri ini yang telah memasuki peringkat terakhir Anugerah Sekolah Hijau 2010, baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng telah menyampaikan sendiri insentif berjumlah RM1,000 kepada dua buah sekolah yang menduduki tempat pertama iaitu SMK Dato’ Onn dan SJKC True Light manakala tempat kedua iaitu SMK Perempuan Methodist dan SK Convent Pulau Tikus menerima insentif berjumlah RM500.

Insentif ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penglibatan para guru, murid-murid dan para pelajar dalam menghijaukan persekitaran.

Selain itu, ia juga merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan kualiti hidup serta tahap kesihatan rakyat negeri Pulau Pinang dan sekaligus merealisasikan matlamat mewujudkan Pulau Pinang hijau dan bersih.