Sempena Aidilfitri, Farizan terima permohonan maaf ADUN Penanti tidak hadir majlis lantik TYT

Admin

GEORGE TOWN – Sempena Aidilfitri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus mengumumkan bahawa beliau menerima permohonan maaf daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin atas kekhilafan sebelum ini.

Katanya, Norlela sebelum ini menulis di Facebook bahawa beliau langsung tidak menerima surat jemputan rasmi ke Majlis Pelantikan Semula Tuan Yang Terutama (TYT), walhal telahpun menerima panggilan rasmi daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sempena Syawal, saya menerima permohonan maaf beliau dengan setulus ikhlas,” jelasnya pada sidang media bersama – sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Guan Eng selepas itu menyatakan bahawa sebelum ini, beberapa peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dibekukan, sehingga mereka memohon maaf serta mengemukakan alasan atas ketidakhadiran ke Majlis Istiadat Pelantikan Semula TYT Negeri Pulau Pinang.

“Semua telah meminta maaf kepada Kerajaan Negeri dan TYT dengan mereka memberikan dua surat, tetapi YB ADUN Penanti memberikan tiga surat termasuk kepada Dato’ Seri (Farizan) kerana mendakwa bahawa beliau tidak menerima jemputan Dato’ Seri.

“Kita tak nak sebut nama ADUN-ADUN DAP dan PKR lain (yang turut tidak hadir ke majlis pelantikan semula TYT) kerana mereka tidak mengeluarkan kenyataan di Facebook, hanya YB Penanti mengaku secara terbuka gagal menghadiri majlis pelantikan TYT,” jelasnya sambil memberitahu bahawa peruntukan berwajib mereka tidak lagi dibekukan oleh Kerajaaan Negeri.