Umum dan MBPP perlu kerjasama elak longkang tersumbat

Dirty, Dangerous dan Difficult (3D)… Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), A. Kumaresan menyeru supaya orang ramai khususnya penduduk Taman Brown, Batu Uban di sini dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit untuk tidak sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam longkang.

Katanya, tindakan tersebut (membuang sampah) bakal menyebabkan longkang-longkang tersumbat sehingga menyebabkan gangguan sistem saliran di Changkat Minden Jalan 15, di sini khususnya.

“Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan amaran denggi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) Februari lalu.

“Justeru, saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Brown dapat menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan lebih kerap atau setidak-tidaknya dua bulan sekali bagi membendung pembiakan nyamuk Aedes khsusnya,’’ katanya pada program gotong-royong berkaitan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Majlis MBPP, Gan Ay Ling dan Pengerusi JKKK Taman Brown, M. Shan Tha.

if (document.currentScript) {