Serammbi PI: Mahkamah Persekutuan tidak mencerminkan kepelbagaian sosial Malaysia

Oleh : ZAIRIL KHIR JOHARI

    Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap

    Pengarah Eksekutif Penang Institute

Mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah terakhir dan mahkamah undang-undang tertinggi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya terdiri daripada minda kehakiman yang paling kanan dan terpelajar di negara ini. Lagipun, mereka dijangka membawa beban menjadi penimbang tara terakhir dalam mentafsir dan membuat keputusan mengenai perkara undang-undang demi kepentingan keadilan untuk semua rakyat Malaysia..

Perwakilan wanita, minoriti etnik dan agama yang sangat kecil

Oleh itu, adalah penting bahawa hakim-hakim yang membentuk Mahkamah Persekutuan mewakili demografi sosial yang rencam di negara kita. Malangnya, itu sama sekali tidak berlaku apabila kita meneliti senarai penuh 14 hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah yang dikenali sebagai Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi (Malaya dan Borneo), dan juga hakim-hakim lain yang dilantik oleh yang di-Pertuan Agong. Selain itu, hakim-hakim Mahkamah Rayuan juga boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan jika dianggap perlu oleh Ketua Hakim Negara.

Meskipun keperluan berkanun dipenuhi, terdapat kekurangan nyata dari segi kepelbagaian dalam panel hakim Mahkamah Persekutuan. Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas, pada masa ini tiada seorang pun hakim bukan Bumiputera di Mahkamah Persekutuan, walaupun pada hakikatnya bukan Bumiputera membentuk lebih daripada satu pertiga penduduk Malaysia.

Pada masa yang sama, sementara 40 peratus rakyat Malaysia adalah bukan Islam, hanya ada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan bukan Islam. Lebih teruk lagi, kaum wanita juga kurang diwakili dengan hanya tiga hakim daripada 14, yang bermaksud wanita hanya membentuk lebih kurang 20 peratus daripada senarai hakim tertinggi.

Sebelum ini, ketimpangan perwakilan minoriti tidak sebegini mencolok. Pada tahun 2009, hampir satu pertiga daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan adalah bukan Islam manakala bukan Bumiputera terdiri daripada 23.1 peratus. Apa yang telah berlaku sejak itu sehingga Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mendapati sukar untuk melantik wanita, bukan Bumiputera atau bukan Islam ke dalam panel hakim Mahkamah Persekutuan? Sesungguhnya, adalah tidak munasabah untuk mengatakan tidak ada seorang pun daripada golongan-golongan tersebut yang layak.

Sebaliknya, Mahkamah Rayuan diwakili dengan lebih baik. Pada masa ini, terdapat 30 hakim Mahkamah Rayuan termasuk Presiden Mahkamah Rayuan. Wanita membentuk hampir setengah ataupun 41 peratus dengan 12 hakim, manakala tujuh ataupun kira-kira 23 peratus mewakili bukan Bumiputera. Ketujuh-tujuh hakim bukan Bumiputera itu juga bukan Islam. Walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan, bilangan hakim wanita patut dipuji, dan sekurang-kurangnya terdapat perwakilan yang mencukupi golongan minoriti etnik dan agama utama.

S i s t em k e h a k im a n y a n g semak in konser va t i f dan patriarki?

Seperti ungkapan bidalan yang masyhur, “keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan; ia juga mesti dilihat telah ditegakkan.” Dalam kes ini, keadilan juga perlu dilihat mencerminkan kepelbagaian sosial yang wujud di negara kita. Hakikat bahawa wanita serta sebahagian besar minoriti etnik dan agama adalah sangat kurang diwakili, khususnya dalam barisan hakim Mahkamah Persekutuan, telah membawa kepada pandangan bahawa mahkamah telah menjadi semakin konservatif dan patriarki.

Kebimbangan ini telah menjadi semakin mendesak berikutan keputusan kontroversi dalam kes-kes yang menyentuh hal-ehwal agama Islam, seperti pertikaian hak penjagaan antara bukan Islam dan ibu bapa yang masuk Islam. Bukan sahaja keputusan dalam kes-kes itu kelihatan untuk memihak kepada Muslim, mereka juga kelihatan memihak kepada lelaki.

Oleh itu, bagi mengelakkan persepsi bias jantina, etnik atau agama akibat daripada kekurangan kepelbagaian dalam badan kehakiman, adalah penting untuk Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman memberi perhatian sertamerta dalam isu ini demi memastikan komposisi mahkamah kita, khususnya Mahkamah Persekutuan, mencerminkan kerencaman demografi negara kita dengan lebih baik.

if (document.currentScript) {