Skuad Prihatin Seberang Jaya – mata & telinga penduduk

Admin

SEBERANG JAYA – Penubuhan Skuad Prihatian Seberang Jaya diibaratkan sebagai mata dan telinga dalam mendalami masalah penduduk di sini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya, Abdul Jalil Che Ros berkata, pasukan yang ditubuhkan kkas ini berperanan dalam merangka jadual, gerak kerja dan menggerakkan jentera tindakan mengikut saluran-saluran yang berkaitan.

Semenjak penubuhan Skuad Prihatin Seberang Jaya, kita bukan hanya dapat mengenal pasti masalah-masalah penduduk di sini pada tempoh masa singkat, malah, apa yang penting adalah penyaluran bantuan segera kepada pihak-pihak yang amat memerlukan perhatian.

Lazimnya, program ini diadakan pada setiap Sabtu dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh dan sukarelawan dalam kalangan AMK Seberang Jaya,’’ katanya kepada SUARA CAT di sini baru-baru ini.

ABDUL Jalil Che Ros menyampaikan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk yang memerlukan di sini baru-baru ini.
ABDUL Jalil Che Ros menyampaikan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk yang memerlukan di sini baru-baru ini.

Abdul Jalil memberitahu, hasil daripada gerak kerja Skuad Prihatin Seberang Jaya, pihaknya telah mengenal pasti kesusahan yang dialami sebuah keluarga.

Hasil tinjauan mendapati bahawa suami kepada ibu muda ini telah dipenjarakan disebabkan kes kemalangan enam tahun lalu. Pada masa sama, ketabahan beliau turut diuji dengan keadaan anak lelaki berusia tujuh tahun yang hanya mampu terbaring.

Sebagai tindakan lanjutan, pihak kami telah menyalurkan sumbangan yang perlu kepada keluarga terbabit. Pada masa sama, pihak Jabatan Kebajikan Rakyat (JKM) turut tampil memberi bantuan,’’ jelasnya.

Dalam pada itu, bertindak di atas maklumat, saluran bantuan turut disalurkan kepada 10 mangsa ribut di Kampung Besar, Permatang Pauh pada 29 Mei lalu.

Turut turun padang adalah Petugas Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Penghulu Seberang Perai Tengah (SPT), JM SPT, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan (JKKK) Kampung Pertama.

Sementara itu, inisiatif penganjuran pendaftaran Program Pendaftaran Warga Emas pada 23 Mei lalu turut memperoleh respon menggalakkan daripada penduduk setempat.

Maklumat Skuad Prihatin Seberang Jaya :

Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh/Kadun Seberang Jaya di Jalan Tenggiri (berhadapan stesyen minyak Shell).

Abdul Jalil Che Ros

013 – 489 3227

[email protected]