Sukan Ria Boling rai Hari Jadi Ke-76 TYT

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru- baru ini menganjurkan Sukan Ria Boling membabitkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sempena sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang,

Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas. Isteri TYT, Toh Puan Seri Majimor Shariff turut serta dalam keraian dekat Mega Lanes Bowling di pasar raya Megamall Pinang di sini. Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Dr. Norlela Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Penanti), Datuk Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua, YDP MPSP) serta Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, SPT) turut serta dalam majlis tersebut.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan hampir semua Ahli Majlis bagi MPSP turut menyertai program riadah yang majlis perasmiannya disempurnakan Abdul Rahman menerusi balingan beliau.

Maimunah dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Abdul Rahman dan isteri kerana meluangkan masa menyertai sukan ria boling terbabit.