Sumbangan demi kehidupan lebih kualiti

BERAMAL… The Federation of Malaysia Manufacturers Penang (FMM) dengan kerjasama OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC) berjaya mengumpul RM380,000 menerusi penganjuran amal, FMM-OCBC Heritage Walk & Cycle baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur, Jimmy Ooi berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan berdasarkan matlamatnya untuk menyumbang kepada kehidupan kanakkanak yang lebih berkualiti.

“Tahun ini, kami (barisan penganjur) meluaskan skop dan RM300,000 daripada dana yang terkumpul diserahkan kepada pertubuhan-pertubuhan kanakkanak terpilih di Pulau Pinang,” ujarnya pada acara penutup program berkenaan.

Hadir menyempurnakan majlis penutup ialah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow.

Penganjuran tersebut berjaya menarik lebih 2,200 penyertaan dan dana yang terkumpul diserahkan kepada 20 pusat kebajikan bagi manfaat golongan kanakkanak berkenaan.