Projek sambungan Jalan Bunga Hinai – Jalan Kaca Piring siap

TANJUNG BUNGA – Setelah ditangguhkan pada 2012 atas faktor pemindahan serta penempatan penduduk asal, projek sambungan jalan sepanjang 100 meter menghubungkan Jalan Bunga Hinai dengan Jalan Bunga Kaca Piring berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hun Bin di sini akhirnya siap.

Majlis perasmian pembukaan jalan berkaitan disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit; Pegawai Daerah Timur Laut, Jusni Ismail dan Pengerusi SJKC Hun Bin, Chew Tatt Hoy.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Guan Eng memaklumkan bahawa projek berkaitan ditangguhkan kerana melibatkan pemindahan dan penempatan 10 keluarga di enam buah rumah setinggan yang terletak di atas jajaran jalan terbabit.

“Proses penempatan semula bagaimanapun telah selesai pada akhir November 2014, setelah Kerajaan Negeri menempatkan mereka di perumahan kos rendah Taman Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dan di i-Park, Jalan Dato’ Ismail Hashim.

“Projek ini kemudiannya ditenderkan semula pada tahun 2015 dan telah melantik syarikat Syifa Bina Sdn. Bhd. dengan tawaran tender terendah, RM1,878,000.

“Projek dimulakan pada 14 Februari 2015 dan siap sepenuhnya 16 Mei lalu (2016),” ujarnya yang berharap agar projek berkenaan dapat memanfaatkan penduduk setempat sekaligus melancarkan aliran trafik sekolah tersebut.

Selain itu, Guan Eng memberitahu bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan RM32.7 juta bagi pelaksanaan enam projek pembinaan dan penarafan jalan dengan anggaran keseluruhannya berjumlah RM86.3 juta.

“Empat daripadanya akan dilaksanakan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan satu projek di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

“Bagi Daerah Timur Laut (DTL), satu projek telah siap dilaksanakan iaitu pembinaan jalan ini yang akan memendekkan perjalanan dari Jalan Bunga Hinai ke Jalan Bunga Kaca Piring,” jelas beliaudocument.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);