UBB promosi keharmonian di Esplanade

PROMOSIKAN KEAMANAN… Di sebalik kontroversi dan cabaran yang dihadapi, pameran United Buddy Bears (UBB) yang bertujuan mempromosikan keamanan, perpaduan dan keharmonian tetap diteruskan.

Berdiri teguh di Esplanade atau Padang Kota Lama, sebanyak 140 patung UBB setinggi 2 meter dari serata dunia bukan hanya mencuri tumpuan pengunjung tempatan, malah juga negeri dan negara.

Pameran UBB dianjurkan oleh syarikat E-Plus Global Sdn. Bhd. dan disokong oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Penang Global Tourism (PGT).

Jangan lepaskan peluang ini. Jom ke Esplanade! Saksikan sendiri keunikan pameran UBB yang bakal melabuhkan tirai pada 30 Oktober ini.