Sumbangan palung jenazah selesai dilema karyah masjid

Admin

Oleh : MOHD. HAFIZ TAJUDIN

BUKIT MERTAJAM – Menyedari mengenai keperluan sebuah palung mandi jenazah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir telah mengambil langkah perlu dengan menyampaikan sumbangan peralatan tersebut kepada Jawatankuasa Surau Kampung Paya Dalam di sini baru-baru ini.

Wakil Jawatankuasa Kampung Paya Dalam, Zainul Shafie berkata, dengan palung yang disumbangkan, urusan mandi jenazah sehinggalah proses persemadian dapat dilakukan secara lancar.

Malah, apa yang penting adalah kita tidak perlu lagi meminjam perkakas berwajib dari surau berdekatan,” ujarnya kepada Buletin Mutiara selepas menerima sumbangan berkenaan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, ADUN terbabit, Datuk Mohd. Salleh Man menyatakan bahawa sumbangan itu sekaligus menyelesaikan masalah utama penduduk di karyah tersebut sebelum ini.

Sumbangan ini tidaklah besar. Setakat mana yang mampu, kita (Kerajaan Negeri) beri. Saya cuma ‘memulangkan kembali’ wang rakyat kepada rakyat,” nyata beliau. 

salleh
MOHD. Salleh Man (tengah) berjabat tangan dengan Zainul Shafie (kiri sekali) selepas menyerahkan palung mandi jenazah kepada beliau di sini baru-baru ini.