Tambah insentif kewangan untuk pelajar cemerlang adalah pelaburan KN – KM

PADANG LALANG – Kerajaan Negeri berharap pertambahan kadar pemberian insentif kewangan kepada semua pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2015 akan membakar semangat para pelajar lain di negeri ini untuk memburu kecemerlangan dalam akademik.

Ketika berucap, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, setiap pelajar cemerlang STPM dan SPM pada tahun ini masing-masing menerima RM800 dan RM350, berbanding RM600 dan RM250 sahaja pada tahun lalu.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan agar terus berusaha memperbaiki diri, demi kebaikan dan kecemerlangan bersama,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlangan STPM (Ulangan 3) dan SPM Tahun 2015 Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.

Seramai 10 pelajar STPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 menerima pemberian insentif kewangan, sijil dan trofi.

Turut menerima insentif kewangan, sijil dan trofi adalah 255 pelajar cemerlang SPM yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya 7A+ dalam peperiksaan nasional tersebut.

Daripada kalangan mereka, Guan Eng turut memuji 22 pelajar terbaik SPM yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran, serta tiga pelajar terbaik Kategori Pelajar Istimewa.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut menyampaikan anugerah sijil dan trofi kepada tiga sekolah yang memperoleh keputusan keseluruhan terbaik untuk SPM.

Sementara itu, pelajar SMJK Heng Ee, LEE CHIA Qi, 20, yang ditemui kemudian berkata, beliau tiada sebarang resepi kejayaan, cuma menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar di sekolah sahaja.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk dapatkan yang terbaik bagi kedua ibu bapa saya, sebab itu saya masuk tingkatan enam, dan ianya membuahkan hasil,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang akauntan kepada Buletin Mutiara.

Turut berkongsi pengalaman berlajar sama, MUHAMMAD AMIRUL MOHD. AZLEY, iaitu pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas yang memperoleh keputusan 11A+ dalam SPM.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);