Teng Chang Yeow kelirukan rakyat, perlu minta maaf – Jagdeep

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : SHUM JIAN-WEI

GEORGE TOWN – Teng Chang Yeow tidak menafikan fakta bahawa memang tiada hasrat untuk Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu membina Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lot 314 dan Lot 305, Seksyen 16, Daerah Timur Laut, Taman Manggis di sini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo pada sidang media  ini.

Rentetan itu, Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat mencabar Chang Yeow yang juga Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang tampil memohon maaf kerana menyebarkan berita palsu sehingga tercetusnya demonstrasi yang turut disertai oleh UMNO Negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa dan Baju Merah.

 MINIT MESYUARAT EXCO

Sebelum ini, pada 31 Mac 2016, Jagdeep pernah meminta Chang Yeow untuk memohon maaf dan tampil memberi penjelasan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada permohonan maaf, sebaliknya beliau (Chang Yeow) tampil memberi pelbagai alasan.

Mengulas lanjut, Jagdeep turut membidas permintaan Chang Yeow untuk mengemukakan keseluruhan butir-butir minit mesyuarat Exco yang didedahkan pada 30 Mac lalu.

Ujar Jagdeep, minit mesyuarat didedahkan dalam sidang media tersebut (30 Mac 2016) adalah jelas dan lengkap.

TIDAK NAFI

“Tidak ada sebarang sebab untuk saya membalas pemintaan Teng Chang Yeow (Chang Yeow) itu, sebaliknya beliau perlu memohon maaf kepada rakyat negeri Pulau Pinang kerana telah mengelirukan mereka.

“Dan jelas, dia (Chang Yeow) tidak menafikan fakta bahawa memang tiada hasrat untuk (Kerajaan Negeri terdahulu) membina PPR setelah cadangan dibuat pada tahun 2005 bagi membina projek bercampur di atas tanah di Taman Manggis tersebut,” ujanya pada sidang media yang diadakan sebelum ini.

PPA1M, tiada satu unit sampai P. Pinang sejak diperkenalkan

Dalam pada itu, Jagdeep turut mempersoalkan keinginan Kerajaan Negeri terdahulu untuk membina kuarters kerajaan bagi membantu penjawat awam.

“Sekiranya benar-benar ada tujuan hendak bina kuarters kerajaan kenapa tidak diteruskan, apa jadi?

“Apakah Teng Chang Yeow (Chang Yeow) tahu atau tidak, antara komponen projek-projek perumahan sedia ada di peringkat Pusat ada satu komponen dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) selain PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Rumah Mesra Rakyat dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Sekarang, kerana dia (Chang Yeow) begitu prihatin, dia tahu tak sejak ia (PPA1M) diperkenalkan, tiada satu unit pun sampai ke Pulau Pinang,” katanya sambil merujuk kepada Perenggan 155 dalam Ucapan Bajet Tahun 2016 oleh Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu.

Jagdeep kemudian turut meminta Chang Yeow memberi pencerahan kepada Kerajaan Negeri berhubung cadangan pembinaan unit-unit PPA1M di Pulau Pinang.

Dalam ucapan Bajet 2016, Perdana Menteri memaklumkan akan membina 100,000 unit rumah PPA1M menjelang tahun 2018 dengan harga RM90,000 hingga RM300,000. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus dari kos pembangunan disediakan.

} else {