Tradisi sumbangan ceriakan Deepavali 500 keluarga

AMAL… Sebanyak 500 keluarga dalam kawasan Parlimen Bagan menerima sumbangan barangan makanan asas sempena sambutan Hari Deepavali yang menjelang tiba.

Sumbangan tahunan tersebut merupakan anjuran kali ke-36 oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Datuk Seri R. Arunasalam dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Butterworth, Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau menghargai inisiatif berkaitan terutamanya dalam ‘menjaga’ kebajikan golongan-golongan memerlukan.

Turut sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan A. Tanasekharan (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bagan Dalam).d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);