Exco gesa Pusat segerakan mesyuarat bincang status 118 TP1M

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri berharap mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) dengan Timbalan Menteri, Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dapat diadakan sesegera mungkin.

Menurut Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, mesyuarat itu sepatutnya pada 22 Oktober ini, namun dibatalkan melalui panggilan telefon sehari sebelum itu.

“Saya akan berbesar hati sekiranya satu tarikh baru dapat ditetapkan agar objektifobjektif yang disebut di dalam surat pihak YB Datuk (Halimah) bertarikh 19 Oktober 2015 tersebut dapat dibincang dan satu kata sepakat yang memanfaatkan semua pihak dapat dicapai,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Jagdeep memberitahu, Halimah antara lain mahu mengenal pasti isu-isu pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan bagi program TP1M dan Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP), iaitu projek sebelum TP1M diperkenalkan.

Objektif kedua, katanya, timbalan menteri berkaitan mahu pelan tindakan lebih komprehensif dan terancang bagi melancarkan urusan pelaksanaan TP1M dan PPP.

“Objektif ketiga dan paling penting adalah mewujudkan kerjasama strategik yang lebih erat di antara KPKT dan Kerajaan Negeri.

“Saya menganggap melalui surat ini (bertarikh 10 Oktober 2015), bahawa TP1M akan diteruskan, namun, saya akan mendapatkan pengesahannya di dalam mesyuarat (akan datang) tersebut,” jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Terdahulu, Jagdeep mendesak Kerajaan Pusat menjelaskan status baki 118 permohonan berwajib kerana TP1M tiada lagi diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perbentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RKM-11) pada 21 Mei lalu.

Daripada keseluruhan 144 permohonan, hanya 26 TP1M diluluskan untuk rakyat Pulau Pinang. Jagdeep memberitahu, 118 permohonan TP1M itu dianggarkan bernilai RM28 juta.

Kelewatan Kerajaan Pusat meluluskan 118 lagi permohonan TP1M, mengakibatkan Kerajaan Negeri melalui Program Bantuan Perumahan Rakyat Pulau Pinang (HAPPY!) tidak boleh mengeluarkan baki peruntukan penyelenggaraan satu-satu projek berjumlah 10 hingga 30 peratus, yang sepatutnya ditanggung oleh persatuan penduduk (JMB)