TYT saksi ZPP terima RM1.1 juta zakat Bank Rakyat

Admin

GEORGE TOWN – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyaksikan penyampaian cek replika RM1,111,036 zakat perniagaan Bank Rakyat bagi tahun 2014 kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP), di kediamannya, Seri Mutiara di sini baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Sri Hasan Malek sendiri menyerahkan cek replika tersebut kepada wakil ZPP, iaitu Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Mohd. Salleh Man.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) serta Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (Mufti Kerajaan Negeri) turut hadir pada majlis ringkas tersebut.

Hadir sama, Pengarah Urusan ZPP, Dr. Azman Abdul Somat, Datuk Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP) serta beberapa Ahli Lembaga Pengarah bagi ZPP.

Difahamkan, Bank Rakyat ditubuhkan pada 28 September 1954 dan kini merupakan bank koperasi terbesar di tanah air dengan pemilikan aset berakhir pada bulan Disember 2013 adalah sebanyak RM82.88 bilion.

Dalam aspek kewangan pula, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 2014.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);