Tubuh akademi dalaman bantu kekurangan pekerja, layak dapat insentif  

Admin
img 7250

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri bercadang memberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat swasta yang mampu menyediakan akademi atau pusat pembelajaran khusus secara dalaman.

 

Timbalan Ketua Menteri II,  Jagdeep Singh Deo berkata, cadangan itu adalah sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan bakat dan tenaga kerja mahir yang dihadapi kini.

“Sebagai negeri yang dikenali ‘Lembah Silikon di Timur;, kita mempunyai kira-kira 400 syarikat multinasional dan 600 perusahaan industri kecil sederhana (PKS), namun cabarannya adalah tenaga kerja mahir.

“Kita boleh cadangkan kepada pemain industri untuk mewujudkan akademi yang mana mereka yang mengikuti pembelajaran di akademi boleh diserap masuk bekerja selepas tamat pengajian.

“Namun saya yakin pihak syarikat perlu diberi insentif khas sama ada daripada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan atas inisiatif tersebut,” ujarnya dalam satu sidang media usai mempengerusikan mesyuarat khas bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memperkasakan modal insan di Pulau Pinang sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng.

Jagdeep yang juga  Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi  dalam pada itu berharap, pertemuan beliau dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dalam masa terdekat ini mampu membantu usaha berkaitan.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD