TYT terima ‘kejutan’ kek ulang tahun kelahiran

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN… Kira-kira 2,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun. Dr. Abdul Rahman Abbas di sini baru-baru ini.

Malah, sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-77 baru-baru ini, ahli jawatankuasa penganjur turut memberi ‘kejutan’ khas kepada Abdul Rahman dengan mempersembahkan sebiji kek penuh elegan berkrim putih dengan garis-garis keemasan.

Beliau yang hadir bersama-sama isteri, Toh Puan Majimor Shariff tampak berseri dengan baju Melayu tradisional berwarna ungu.

Turut sama meraikan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dan isteri; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli DUN; Ahliahli Parlimen; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, ketua-ketua jabatan dan lain-lain.