Rumah terbuka rai kemeriahan & kemenangan – TKMI

PANTAI JEREJAK – Timbalan Ketua Menteri I yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon memberitahu, majlis rumah terbuka Aidilfitri adalah acara tradisi yang diteruskan bagi meraikan kemeriahan dan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa.

“Apabila diadakan rumah terbuka, kita boleh bertemu orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat, bermaafmaafan di samping menikmati juadah hari raya yang lazat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak di sini baru-baru ini.

Turut hadir memeriahkan majlis berkaitan, Yang diPertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff .

Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Law Choo Kiang; Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi), Lim Hock Seng.

Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri majlis sambutan yang menghidangkan kepelbagaian makanan tradisi Pulau Pinang seperti nasi dalcha, char kuetiau, mi sotong, ais kacang, sate, kuih-muih dan lain-lain.

Turut diadakan adalah sumbangan duit raya kepada golongan kanak-kanak dan ahli-ahli Persatuan Tongkat Putih yang dijemput khas.

}