UBER, teksi dikawal Pusat, Exco respons KN tiada kuasa

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk memantau operasi perkhidmatan teksi dan UBER di negeri ini, memandangkan perkara pengangkutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyatakan pendirian Kerajaan Negeri itu, sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

“Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memantau atau mengawal perkhidmatan awam darat.

“Agensi yang bertanggungjawab ke atas semua kategori perkhidmatan awam darat di Malaysia adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” ujarnya yang juga ADUN Padang Kota dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Pun begitu, menurut Kon Yeow, Kerajaan Negeri komited membela pemandu teksi yang berdaftar di Pulau Pinang dengan pemberian wang insentif RM600 yang dibayar dua kali dalam setahun.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);