Ulangtahun Kemerdekaan Ke-69 Indonesia penuh ciri budaya

ULANG TAHUN…. Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-69 Republik Indonesia yang diadakan di sini meriah dengan pengisian pelbagai program bercirikan budaya republik tersebut baru-baru ini.

Walaupun bukan di negara sendiri, kehadiran lebih 250 tetamu termasuk tetamu kehormat antaranya, konsulat-konsulat dari Jepun, Thailand dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri memeriahkan majlis dianjurkan.

Mengetuai delegasi Kerajaan Negeri adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri. Menyambut kehadiran beliau adalah Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Ronald J. P. Manik.

Turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri. Majlis berkenaan dimulakan dengan dendangan lagu kebangsaan kedua-dua negara iaitu Indonesia Raya dan Negaraku.

Menyerikan majlis adalah persembahan tarian tradisional Republik Indonesia iaitu Kopeng Kelana dari Bandung dan Lenggong Patah.