Wanita KADUN Air Putih dihargai

Admin
KETUA Menteri sambil ditemani ADUN Air Itam, Wong Hon Wai (dua dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama wanita-wanita yang menerima kuntuman bunga teluki sumbangan khas beliau.
KETUA Menteri sambil ditemani ADUN Air Itam, Wong Hon Wai (dua dari kanan) bergambar
kenang-kenangan bersama wanita-wanita yang
menerima kuntuman bunga teluki sumbangan khas beliau.

DIHARGAI…Walaupun dalam kesibukan tugas harian, Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut sama meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia dengan lawatannya ke pasar pagi Air Putih di sini 8 Mac lalu.

Dalam lawatan kira-kira setengah jam tersebut, beliau telah menyampaikan hampir 500 kuntuman bunga teluki (carnation) kepada para wanita di lokasi berkenaan. Menurut beliau, golongan wanita harus diraikan tanpa mengira waktu kerana pengorbanan golongan Hawa sangat besar dan tanggungjawab yang digalas tidak semudah yang disangkakan.