PWDC ditubuh bagi memperkasa wanita

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

SRI Husnaini Sofjan.
SRI Husnaini Sofjan.

GEORGE TOWN – Penubuhan Perbadanan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang atau Penang Women’s Development Corporation (PWDC) baru-baru ini bukan sahaja bertujuan memberi khidmat nasihat, malah, bakal membantu Kerajaan Negeri dalam pengubalan dasar berkait pembangunan wanita pada aspek kesaksamaan jantina dan taraf sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Sri Husnaini Sofjan, PWDC ditubuhkan pada November 2011 dan beroperasi secara rasminya bermula 3 Januari 2012 dilihat sebagai salah satu medium yang mampu merapatkan jurang masyarakat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ini kerana, kita (PWDC) ingin memartabatkan wanita dalam sistem pentadbiran terutama penglibatan wanita dalam ‘decision making’ (membuat keputusan). Dalam pada itu, kita (PWDC) juga ingin menggalakkan penglibatan wanita dalam masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian dalam etnik, kebudayaan dan kepercayaan,” katanya pada majlis sidang akhbar bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Tambah Sri lagi, kesungguhan PWDC dapat dinilai dari aspek pembahagian korporat yang meliputi perancangan, pembangunan dan pelaksanaan. Malah, penubuhan Pusat Perkhidmatan Wanita (di bawah seliaan Women’s Centre for Change – WCC) dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak (di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia – JIM; Young Women’s Christian Assoction – YWCA dan Penang Women Entrepreneurs – PWE) turut menjadi kayu pengukur PWDC.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri t i d a k p e r n a h meminggirkan manamana jantina dalam semua aspek, malah, memberi pengiktirafan tertinggi kepada golongan Hawa.

“Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi pelaksanaan dan operasi PWDC dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah memperuntukkan RM800,00 bagi tujuan yang sama.

“Pihak berkuasa tempatan iaitu MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) turut memperuntukan masing-masing RM63,000 dan RM200,000 kepada PWDC bagi perancangan promosi dan program sepanjang tahun 2012,” ujar Guan Eng.

Katanya lagi, peratusan penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja mahir dan separa mahir di Pulau Pinang jauh lebih tinggi iaitu 53.4% jika dibandingkan penglibatan wanita di peringkat nasional iaitu 45.6%.