Warga Singapura cari abang guna gambar ayah

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Seorang warga Singapura mencari abang kandungnya yang dipercayai masih  hidup di Pulau Pinang berbekalkan gambar ayah mereka , Allahyarham Abdul Hamid Hassan.

Warga Singapura berkenaan, Anuar Abd. Hamid berkata, arwah ayahnya pernah berkahwin serta mempunyai seorang anak lelaki semasa bekerja dengan syarikat perkapalan ‘ Strait Steamship Compony Ltd.’ pada tahun 1950-an.

“Ayah saya pada akhir tahun 1950-an tidak lagi ke Pulau Pinang, tetapi, ber u lang- a l ik dar i Singapura ke Sambu (Indonesia).

“Saya masih sembilan bulan dalam kandungan isteri kedua (semasa) ayah saya meninggal dunia.

“Abang saya yang telah terpisah lebih 50 tahun boleh mengenali saya jika beliau lihat gambar ini,” ujar Anuar kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Info lanjut, hubungi +659 125 0794 atau emel kepada [email protected].