Hasil dana TPM80PP, penduduk Villa Mas Ewani syukur dapat lif baharu

SUNGAI PINANG – Hasil keprihatinan, Kerajaan Negeri melalui skim Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Pulau Pinang (TPM80PP) membolehkan lif Villa Mas Ewani, Bukit Dumbar kini berfungsi seperti sedia kala setelah tiga bulan mengalami kerosakan.

Menurut Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, melalui skim TPM80PP, Kerajaan Negeri telah menyalurkan dana berjumlah RM155,000 bagi menampung kos penukaran lif baharu bernilai RM193,000.

“Pulau Pinang terus cemerlang menyalurkan dana TPM80PP kepada 96 projek rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah sejak skim ini diperkenalkan pada tahun 2013.

“Kita juga bernasib baik kerana ada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang baik bagi kawasan Sungai Pinang iaitu Lim Siew Khim yang turut sudi menderma sebanyak RM17,184 dalam menyiapkan projek pertukaran lif di sini,” ujarnya ketika turun padang menyaksikan kerja-kerja penyiapan lif baharu tersebut di sini 9 Januari lalu.

Baki berjumlah RM20,816 dibiayai sendiri oleh penduduk Villa Mas Ewani.

Hadir sama, Pengerusi Badan Pengurusan Villa Mas Ewani, Mas Nilai Masriah Abdullah.

Masriah ketika berucap menzahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Negeri dan Siew Khim yang banyak membantu dalam menyesaikan masalah penduduk itu.

“Azab penduduk yang perlu menaiki tangga sehingga ke tingkat 15 hanya Tuhan sahaja yang tahu,’’ jelasnya. Projek yang dimulakan pada awal Disember 2017 cuma menagmbil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives