JKKK Taman Lip Sin anjur Karnival Kesihatan & Keluarga demi komuniti setempat

PENJIMATAN… Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Lip Sin mengambil insiatif menganjuran Karnival Kesihatan Awam dan Keluarga buat penduduk setempat baru-baru ini di Padang Permainan Lorong Nipah 3 di sini.

Pengerusinya, Chan Soon Aun berkata, acara tambahan tersebut dapat dianjurkan ekoran penjimatan daripada peruntukan 2017 secara keseluruhan.

“Apabila berbelanja secara berhemah, setiap program yang dijalankan akan lebih bermakna malah membolehkan kami mengadakan acaraacara tambahan untuk dikongsi kembali bersama-sama masyarakat di situ,” katanya ketika ditemui pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Terdapat lebih 10 gerai pameran membabitkan pemeriksaan kesihatan percuma, kemudahan belajar sambil bekerja, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), pemotongan rambut secara percuma, jualan barangan, makanan dan minuman serta agensi mencari pekerjaan mengambil bahagian.