‘❤️PENANG Youth Night Concert’ tampil aksi memukau

Admin

GEORGE TOWN – ‘❤️PENANG Youth Night Concert’ anjuran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) yang julung kalinya diadakan berjaya memukau hadirin yang memenuhi Dewan Sri Pinang di sini.

 

Malah, penganjuran berkaitan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Nor.

 

Persembahan bertenaga tersebut turut menerima pujian daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

 

“Syabas dan tahniah kepada PYDC, selama tempoh dua tahun melalui platform Youth Rhythm, PYDC dapat menunjukkan bakat generasi muda di negeri Pulau Pinang menerusi seni persembahan dan muzik.

 

“Saya percaya anda semua telah menikmati satu persembahan hebat dan bertenaga daripada belia-belia Pulau Pinang.

 

“Semoga kita akan meneruskan usaha ini dalam memperkasakan lagi peranan golongan belia demi pembangunan negeri kita,” ujarnya pada Majlis Perasmian ❤️PENANG Youth Night Concert sebentar tadi.

Bersempena konsert selama dua jam itu, penonton disajikan dengan persembahan menarik daripada Wak Long Music, Temple of Fine Arts, Dr. Julian Lee (solo violin), Kabilan (pelawak) serta Marcus dan Cik Yoe menerusi vokal yang mantap.

 

Turut hadir, Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan; ADUN Sungai Dua, Dato’ Muhamad Yusoff Mohd. Noor; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan Pengurus Besar PYDC, Dr. Gwee Sai Ling.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN