100 pelajar KADUN Air Itam terima manfaat Program Saintis Muda

Admin

AIR ITAM – Kira-kira 100 pelajar di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam di sini terlibat dalam Program Saintis Muda tajaan Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Joseph Ng Soon Siang.

Soon Siang memberitahu bahawa inisiatif demikian diperkenalkan dengan usahama Tech Dome Penang (TDP) bagi memupuk minat pelajar terhadap subjek sains seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 kini.

“Sejak tahun2018 hingga Julai tahun ini, saya telah menaja 100 orang pelajar untuk Program Saintis Muda dimana program ini dikendalikan oleh TDP bertempat di sekolah masing-masing.

“30 orang pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan dan 30 orang (SJKC Kong Min Cawangan).

“Bukan itu sahaja, pada tahun 2018 juga masing-masing 10 orang pelajar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, SK Air Itam, SJKC Chung Hwa A dan SJKC Chung Hwa B turut terpilih dan ini menjadikan keseluruhan pelajar tajaan dari tahun lepas kira-kira 100 pelajar,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Soon Siang turut merakamkan penghargaan kepada pihak TDP yang sudi turun padang bagi menjayakan program tersebut.

“Terima kasih kepada TDP kerana sudi sama-sama mengembleng tenaga menjayakan program ini,” ujarnya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN