100 terima baucar bantuan pakaian, kelengkapan sekolah Dr Afif

SEBERANG JAYA – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin petang tadi menyampaikan baucar pakaian serta beg sekolah yang ditaja oleh Kumpulan Sunway, kepada 100 pelajar terpilih di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya.
Ketika berucap, beliau menyeru para pelajar supaya memburu kecemerlangan akademik pada sesi persekolahan yang dijadual bermula pada 2 Januari 2020.
“Baucar kelengkapan sekolah ini hanya boleh digunakan di Kedai Wahab Seberang Jaya.

“Saya berharap dengan penganjuran program ‘Back To School 2020’ pada kali ini, ia dapat membantu para ibu bapa dalam membuat persiapan kelengkapan sekolah untuk anak-anak kita,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di Dewan MPKK Taman Siakap dekat sini pada 29 Disember 2019.

Turut hadir, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Shuhada Abdul Rahim.
Teks & Gambar: ZAINULFAQAR YAACOB