NEPCON 2012 bukti PR mampu tarik pelabur asing

Admin

BAYAN BARU – Pertambahan 17% penyertaan bilangan syarikat yang sebahagian besarnya dari luar negara dalam penganjuran pameran untuk industri pembuatan mikroelektronik, PCB dan semikonduktor, NEPCON 2012 membuktikan bahawa pesekitaran perindustrian Pulau Pinang yang mantap dan menjadi perhatian antarabangsa.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kadar pertumbuhan ekonomi negara yang positif dengan negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) menjadi antara penyumbang besar pada aspek tersebut.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, industri di Pulau Pinang yang berkembang pesat telah membantu menawarkan nilai tambahan baik di samping memperluaskan penyelidikan, reka bentuk, pembangunan dan juga penghasilan yang banyak pada kos optimum.

“Pada tahun 2011, ekonomi negara berkembang pada kadar 5.1 peratus (%) dan sebagaimana maklum, Pulau Pinang merupakan antara penyumbang utama dalam sektor industri.

“Secara tidak langsung, faktor tersebut menjadikan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang besar kepada import dan eksport negara iaitu sebanyak 25%,’’ katanya pada Majlis Perasmian NEPCON 2012 di Penang International Sports Arena (PISA) di sini barubaru ini

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyelar beberapa pihak yang menidakkan kemampuan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berhubung dakwaan kegagalan menarik pelabur asing.

“Sememangnya NEPCON 2012 tidak salah memilih Pulau Pinang.

“Selain sebagai penyumbang besar dalam industri elektrik dan elektronik, kita (Pulau Pinang) juga menawarkan persekitaran ekonomi yang kondusif, hijau, bersih, selamat dan sihat kepada semua,” ujarnya.

KETUA Menteri sambil ditemani ahli jawatankuasa penganjur memerhatikan operasi sebuah mesin di Nepcon 2012 di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri sambil ditemani ahli
jawatankuasa penganjur memerhatikan
operasi sebuah mesin di Nepcon 2012 di
sini baru-baru ini.