120,000 pelitup muka diedar sekitar Kepala Batas, Tasek Gelugor sejak Mac – Lay Hock Peng

Admin

BERTAM – Lay Hock Peng hari memberitahu bahawa kira-kira 120,000 pelitup muka telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

LAY Hock Pemg

Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri itu berkata demikian selepas mengadakan jerayawara dan program mengedarkan pelitup muka di Kampung Kovil dan Jalan Sekolah dekat sini lewat petang tadi.

Menurutnya, program agihan meliputi pelbagai kelompok di pasar-pasar awam, sekolah, kampung, rumah ibadat dan sebagainya di sekitar (Kawasan Dewan Undangan Negeri, KADUN) Bertam; Pinang Tunggal; Permatang Berangan; Sungai Dua dan Teluk Air Tawar.

“Kami akan terus melakukannya untuk memastikan orang awam mempunyai bekalan pelitup muka yang mencukupi untuk meminimumkan risiko dijangkiti virus COVID-19.

“Masing-masing mendapat tiga helai pelitup muka dan kami akan terus melakukannya di kawasan lain juga,” jelasnya lagi.

Di samping itu, beliau memberitahu bahawa pejabatnya di Jalan Satu di Kepala Batas senantiasa dibuka untuk orang ramai untuk mendapatkan pelitup muka secara percuma, jika diperlukan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MOHAMAD