14 individu dilantik Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang tahun 2020

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju melantik 14 individu sebagai Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) berkuatkuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow semasa mengumumkan perkara itu berkata bahawa pelantikan tersebut melibatkan seorang muka baru dan 13 lagi adalah lantikan semula.

“Semua mereka ini terdiri daripada golongan profesional serta berpengalaman iaitu Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai kerajaan, ketua pegawai operasi, pengarah urusan, peguam, ahli perniagaan dan sebagainya,” katanya pada sidang media dekat Komtar di sini sebentar tadi.

Turut Hadir, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Ketua Menteri menyerahkan surat pelantikan kepada K. M. Santha yang dilantik sebagai salah seorang Pesuruhjaya PHEB.

Dalam pada itu, Kon Yeow menjelaskan bahawa peranan utama PHEB adalah menguruskan semua urusan melibatkan tanah, bangunan, rumah, tanah perkuburan kuil serta wang yang disumbangkan untuk kepentingan masyarakat Hindu di negeri ini.

“PHEB juga memberikan sumbangan pendidikan secara one-off kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) selain sumbangan kebajikan orang awam sejak 2010.

“Pada 2019, PHEB telah memberi sumbangan Pendidikan berjumlah RM345,626.13 kepada seramai 109 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di peringkat sijil, diploma serta ijazah,” jelasnya lagi.

Difahamkan, sejak 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membolehkan pengurusan PHEB menjalankan pelbagai program bagi manfaat masyarakat Hindu.

14 Pesuruhjaya PHEB yang dilantik bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:
1. Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy
2. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan
3. ADUN Bagan Dalam, M. Satees.
4. Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer.
5. Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang R. Surentharan.
6. Peguam, Datuk A. Tanasekharan.
7. Pengarah Eksekutif Jordan Lee & Jaafar Sdn. Bhd., Datuk Sr. Kuvenaraju Pachappen.
8. Peguam, Datuk N. Murelidaran.
9. Ketua Pegawai Operasi Eco World Development Group Berhad, Datuk Sundarajoo Somu.
10. Pengurus Besar Kamdar Sdn. Bhd., Datuk Jugal Kishor Shivlal.
11. Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), R. Kaliyappan.
12. Pengurus Agensi Great Eastern Takaful Malaysia, K. Ketenasamy @ Krishnasamy.
13. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Brown, K. M. Santha.
14. Pengurus Besar Aspen Group, Ir. Anilarasu Amaranazan.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD DAUD
Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS