173 pelajar terima sumbangan baucar persekolahan

DATOK KERAMAT – Sejumlah 173 pelajar sekolah rendah dan menengah dari tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Datok Keramat baru-baru ini menerima sumbangan baucar kelengkapan persekolahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, sumbangan tersebut adalah acara tahunan melibatkan kesemua JKKK di DUNnya.

“Sejumlah RM13,154.00 telah diperuntukkan setiap tahun.

“Setiap pelajar menerima antara RM70 ke RM90 baucar yang membolehkan mereka membeli pakaian seragam lengkap,” katanya pada Majlis Penyampaian Baucar Kelengkapan Persekolahan di sini baru-baru ini.

Kira-kira 250 pelajar dan ibu bapa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah hadir dalam majlis ringkas berkenaan.

“Pegangan saya, yang susah harus dibantu, dan tanpa syarat.

“Tidak kira apa bangsa dan agama, mahupun pegangan politik, kita sampaikan sumbangan secara adil dan saksama,” tambahnya lagi.

JAGDEEP Singh Deo (duduk, tiga dari kiri) beramah-mesra bersama sebahagian pelajar yang menerima sumbangan baucar kelengkapan persekolahan di sini baru-baru ini.
JAGDEEP Singh Deo (duduk, tiga dari kiri) beramah-mesra bersama sebahagian pelajar
yang menerima sumbangan baucar kelengkapan persekolahan di sini baru-baru ini.