195 lot komersial MBPP kosong dibuka untuk permohonan mulai esok

Admin
Nicholas Theng Jie Wey (tengah) dalam sidang media di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Sesi pendaftaran secara dalam talian bagi menyewa 195 lot komersial di kompleks penjaja dan pasar awam milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan 23 lokasi di bahagian pulau akan dibuka mulai esok sehingga 22 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis MBPP, Nicholas Theng Jie Wey memberitahu bahawa permohonan berwajib boleh dibuat menerusi https://elesen.mbpp.gov.my.

“Pastikan nombor telefon yang diberikan adalah betul kerana kami (MBPP) akan memberitahu pemohon mengenai status permohonannya melalui WhatsApp.

“Setelah permohonan disetujui, pemohon yang berjaya akan diundang untuk temu duga secara terbuka, dalam talian pada 30 Ogos 2021.

“Untuk itu, kami ingin menggalakkan pemohon supaya memuat naik aplikasi Zoom kerana pihak kami (MBPP) akan menggunakannya bagi menjalankan temu duga berkaitan,” kata Jie Wey pada sidang media yang diadakan melalui aplikasi Zoom petang ini.


Menurut Theng lagi, 195 lot gerai yang masih kosong turut merangkumi 24 lot di pasar baru dan kompleks makanan dekat Teluk Kumbar Heights.

“Ini, akan merangkumi lapan (8) gerai pasar dan 16 gerai kedai makan,” jelasnya lagi.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perlesenan MBPP di talian 04-263 8818 dengan sambungan 307/308/309/310.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN