340 orang terima barangan keperluan, ayam segar sebagai persediaan Aidilfitri

Admin
A. Kumaresan (kemeja putih) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima, semalam.

BATU UBAN – Dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang esok, sebanyak 340 orang diberikan bantuan Aidilfitri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan semalam.

Menurut Kumaresan, pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban mereka sempena menyambut ketibaan Syawal.

“Hari ini saya telah memberikan ayam bersih (yang dibeli daripada NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd)  dan beras kepada 100 orang golongan B40 di KADUN Batu Uban.

“Selain itu, saya juga telah menyampaikan 240 bantuan barangan keperluan asas kepada golongan asnaf di sini.

“Sumbangan kewangan turut diberikan kepada 23 surau dan lima masjid untuk menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita mengenai program yang berlangsung semalam.

Kumaresan berharap dengan sumbangan serba sedikit yang diberikan itu dapat membantu memeriahkan lagi persiapan Aidilfitri oleh penerima-penerima tersebut.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN

Gambar: ADUN