361 penjawat awam dirai

Admin

 

SEBAHAGIAN penerima APC 2011 menunjukkan tanda bagus bersempena pengiktifaran diterima pada Majlis APC dan Jasamu Dikenang 2011 di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN penerima APC 2011 menunjukkan tanda bagus bersempena pengiktifaran diterima
pada Majlis APC dan Jasamu Dikenang 2011 di sini baru-baru ini.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

SEBERANG JAYA – Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus menyeru agar para penjawat awam supaya lebih produktif, berinteraksi secara positif, berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling serta libatkan diri dengan aktivitiaktiviti kemasyarakatan ketika dan juga selepas perkidmatan masing-masing.

Malah , beliau turut menekankan bahawa faktor usia bukan menjadi penghalang untuk seseorang penjawat awam untuk terus menabur khidmat bakti kepada masyarakat.

“Cabaran selepas bersara sangat banyak, justeru, jadikan ia satu perkara yang positif.

“Peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat terbuka luas kerana mereka ini (penjawat awam yang telah bersara) adalah lebih terlatih dan telah banyak menyumbang kepada negara,’’ katanya pada ucaptama Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2011 di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran tersebut, seramai 275 penjawat awam dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan yang merupakan penerima APC 2011 telah membawa pulang sijil penghargaan serta wang tunai bernilai RM1,000.

Seramai 73 pesara dan 13 waris penjawat awam yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan turut diraikan dalam majlis tahunan berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Exco-exco Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait serta ketua-ketua jabatan.

MUHAMAD Shaari.
MUHAMAD Shaari.

Dalam pada itu, bagi Pembantu Syariah, Muhamad Shaari, 45, yang bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah berkata, penerimaan anugerah berkenaan merupakan saat yang amat bermakna buat dirinya.

“Setelah 15 tahun berkhidmat, inilah kali pertama saya menerima anugerah ini. Saya sangat gembira dan akan berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

MARUBANTU Retnam.
MARUBANTU Retnam.

Bagi pesara Pekerja Awam, Marubantu Retnam, 60, tempoh 36 tahun menabur khidmat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan beliau pengalaman yang cukup luas.

Beliau yang sebelum ini berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bertekad untuk terus menyumbang serta berbakti kepada masyarakat selepas ini.

Turut menerima penganugerahan kali kedua adalah Lee Sen Soon yang merupakan pemandu kenderaan.