40 pelajar tahfiz jadi tetamu majlis bacaan Yasin, tahlil Setiausaha Kerajaan Negeri

Admin

DATUK KERAMAT – Seramai 40 pelajar tahfiz termasuk mudir dari Maahad Tahfiz Darus Saadah dekat Bayan Lepas antara tetamu jemputan Majlis Bacaan Yasin di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dekat Jalan York pagi tadi.

Ketua-Ketua Bahagian di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) turut sertai majlis ringkas tersebut.

Usai majlis bacaan Yasin dan tahlil, para tetamu diraikan dalam acara jamuan tengah hari.

Pada majlis sama, Farizan turut menyampaikan sumbangan buah tangan kepada para pelajar tahfiz berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Farizan turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka SUK di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, 3.30 petang ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD