400 sertai Majlis Jamuan Teh meraikan penghuni institusi kebajikan

Admin

 

ABDUL Rahman Abbas (tiga dari kanan) dan isteri memotong kek sempena Majlis Jamuan Teh Meraikan Penghuni Institusi Kebajikan dekat sini.

GEORGE TOWN – Seramai 400 penghuni institusi kebajikan menyertai Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-80 Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Abdul Rahman yang hadir bersama-sama isteri, Toh Puan Majimor Shariff disantuni oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Law Choo Kiang; Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Shaballah Zainal Abidin pada majlis yang berlangsung di The Top View, Komtar.

Tarian kebudayaan ‘Selamat Datang’ dan dendangan lagu-lagu tradisional mengiringi sepanjang majlis jamuan yang meraikan penghuni institusi kebajikan itu.

Nyanyian ‘Selamat Hari Jadi’ dengan gesekan biola yang mengiringi acara memotong kek dan penyampaian cenderahati turut menyerikan majlis jamuan teh tersebut.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN