4,300 individu terima vaksin di PPV Barat Daya

Admin

PULAU BETONG – Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Daerah Barat Daya yang beroperasi sejak 19 April hingga 20 Mei 2021 telahpun memberi dos suntikan kepada 4,300 individu.

 

Menurut Exco Perdagangan gangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain, PPV yang terletak di Kompleks Sukan Balik Pulau itu dijangka akan memberi suntikan kepada 80,000 individu di daerah tersebut.

 

“Kita harap kes di daerah Barat Daya ini akan terus menurun, kerana sudah dua bulan Barat Daya mencatatkan purata kes harian 20 jangkitan sahaja, adakalanya bawah dari (angka) itu.

 

“Diharapkan penduduk akan terus menjaga kebersihan kendiri, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk kita ranapkan terus rantaian COVID-19,” ujar beliau ketika melawat PPV Barat Daya di sini pada tengah hari tadi.

Dalam lawatan tersebut, Abdul Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung turut menyumbangkan bungkusan makanan tengah hari kepada petugas, sukarelawan dan pihak media.

 

Mengulas lanjut, Abdul Halim memaklumkan satu lagi PPV akan dibuka di Bayan Baru dalam tempoh terdekat bagi menyediakan bekalan vaksin kepada lebih ramai individu.

 

Selain itu, bermula 23 Mei ini operasi maksimum PPV Daerah Balik Pulau mampu memberikan suntikan vaksin kepada 600 orang sehari.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gmabar : DARWINA MOHD. DAUD