450 asnaf KADUN Seberang Jaya terima sumbangan zakat

Admin

SEBERANG JAYA – Seramai 450 asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya menerima sumbangan zakat daripada Zakat Pulau Pulau (ZPP).

 

Dr. Afif Bahardin ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan zakat daripada ZPP.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dalam majlis yang berlangsung dekat Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Siakap, di sini sebentar tadi.

Afif berkata, pemberian sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan.

“Program ini merupakan program tahunan yang kita anjurkan untuk meringankan sedikit beban asnaf dan keluarga yang memerlukan.

“Terima kasih diucapkan kepada ZPP kerana memberikan sumbangan ini setiap tahun.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan ZPP untuk sumbangan program Ihya Ramadan bagi masjid dan surau dalam Parlimen Permatang Pauh,” katanya lagi.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD