Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL – Hampir 50 komuniti setempat menyertai senamrobik zumba di Taman Tugu Demokrasi Bagan di sini baru-baru ini.
Program tajaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu adalah kendalian jurulatih profesional My Shape Fitness Centre, Aise Tan.
Difahamkan , program disini dijalankan pada hari Sabtu, minggu ketiga tiap-tiap bulan, mulai jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Program sama turut dilaksanakan di Taman Tugu Seberang Jaya pada Ahad minggu pertama dan minggu ke-empat di Taman Berjaya Nibong Tebal tiap-tiap bulan. Info lanjut boleh didapati melalui Facebook, MyShapeFitness.