50 terima kit pertanian

Admin

BATU MAUNG – Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain menyerahkan kit pertanian kepada 50 penerima terpilih sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung.

DATO’ Abdul Halim semasa penyerahan kit kepada penduduk sekitar.

Semasa berucap, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung berkata pihaknya berharap sumbangan itu sekali gus dapat mengurangkan beban kos sara hidup para penerima berkenaan.

“Penduduk berpeluang menghasilkan tanaman khususnya sayuran organik mengikut kit pertanian yang telah diserahkan serta mengandungi pasu, benih dan baja organik serta alatan lain.

“Justeru itu, mereka tidak lagi perlu bersusah payah ke pasar awam untuk membeli sayur-sayuran dan dapat mengurangkan kos pembelian,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dalam majlis berkaitan

Turut serta, Mat Suaid Sapiyin iaitu wakil kepada Pengarah Pertanian Negeri, Mohd. Mohaimin Ibrahim.

EN. Mat Suaid Sapiyin.

Buletin Mutiara difahamkan, wakil dari Jabatan Pertanian yang akan memberikan taklimat kit pertanian serta tatacara penggunaan kepada para peserta berkenaan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL