MB Negeri Sembilan harap lebih banyak pertemuan bagi bertukar pandangan demi manfaat rakyat

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dekat pejabatnya di Komtar tengah hari ini.

Aminuddin yang ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri Sembilan, Dr. Razali Ab. Malik mengadakan pertemuan selama kira-kira 60 minit bagi mendapatkan pandangan berhubung aspek tebus guna tanah dan pengurusan serta perkhidmatan sumber air di Pulau Pinang.

Aminuddin dalam pada itu menyifatkan bahawa perkongsian pandangan tersebut adalah sangat berguna serta penting kepada pentadbiran Negeri Sembilan, dan berharap untuk mengadakan lebih banyak pertemuan bagi bertukar-tukar pandangan demi manfaat rakyat.

Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Berhad dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa dan Setiausaha Bahagian bagi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pulau Pinang, M. Maheswari.

Dari kiri; DR. Razali Ab. Malik, Aminuddin Harun, Chow Kon Yeow, Ir. Jaseni Maidinsa dan M. Maheswari mengadakan pertemuan di Komtar, tengah hari ini.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : NURAFIQAH ZAINUDI