7 tanda tanya serlah Bajet 2013 untung kroni berbanding rakyat

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengemukakan tujuh tanda tanya bagi menjelaskan bahawa Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini lebih menguntungkan kroni berbanding rakyat terbanyak di negara ini.

Pertama, Guan Eng mempersoal wibawa syarikat Pembangunan 1Malaysia Berhad (1MDB) dan Jabatan Perdana Menteri dalam menguruskan kira-kira peruntukan RM400 juta bawah perbelanjaan pembangunan.

“Berapa banyak jumlah ini (peruntukan RM400 bilion juta kepada 1MDB) yang akan digunakan untuk menyelamatkan pihak yang mesra Barisan National (BN) daripada kontrak sedia ada.

“Sebagai contoh, pembelian aset tenaga Tanjong bernilai RMRM8.5 bilion dan RM2.3 bilion daripada Genting Sanyen telah dipersoal para analis kerana kedua-dua syarikat itu mempunyai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga yang akan luput pada tahun 2016,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam ucapan Parlimen baru-baru ini.

Kedua, beliau mempersoal kewajaran pentadbiran Najib memperuntukkan RM582 juta untuk membayar pampasan kepada pengendali-pengendali tol di samping pembayaran RM343 juta berupa “one-off” atau sekali bayar sahaja.

“Ini bukan sahaja akan memanfaatkan syarikatsyarikat swasta yang mengendalikan tol, tetapi memudaratkan rakyat kerana wang ini boleh digunakan untuk mengambil alih syarikatsyarikat pengendali tol dan menghapuskan tol, iaitu satu janji Pakatan Rakyat (PR) apabila kita sampai ke tampuk kuasa,” katanya.

Ketiga, beliau mempersoal mengenai peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional(NKRA) Memerangi Jenayah
berjumlah RM272.5 juta kononnya demi “meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis.”

Daripada membelanjakan wang rakyat untuk menambahbaik PDRM dan mengurangkan jenayah, BN (Barisan Nasional) lebih ingin
memperuntukkan wang ini untuk tujuan perhubungan awam yang hanya akan memanfaatkan para perunding dan pengiklan yang mempunyai kabel politik,” ujar beliau.

Keempat, beliau mempersoal mengenai angka RM2.5 bilion yang diperuntukkan kepada “Kerjasama Awam-Swasta”.

“Jumlah ini akan memanfaatkan projek-projek kroni seperti Projek Minyak dan Gas Tanjong Agas dan Taman Perindustrian Maritime yang terletak di Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Najib sendiri.

“Sebanyak RM150 juta wang rakyat sudah pun disalurkan kepada projek ini dan PM Najib telah menjanjikan sebanyak RM300 juta lagi walaupun projek ini bersaing dengan Taman Perindustrian Gebeng yang berada di luar Kuantan, hab Minyak dan Gas Kerteh di Terengganu serta projek RAPID di Pengerang, Johor,” ujar beliau.

Kelima, beliau mempersoal mengenai RM386 juta yang diperuntukkan untuk menambah 57 lagi kedai KedaiRak-yat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak.
“Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang mendapat kontrak untuk menjalankan kedai-kedai ini, iaitu Mydin kedai KR1M berkemungkinan akan membuatkan peruncit-peruncit tempatan di Sabah dan Sarawak hilang perniagaan,” ujar beliau.

Tambah beliau, Najib pada tahun lepas mengumumkan pembangunan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan RM40 juta.

“Bermakna RM470,000 untuk setiap kedai. Pada 2013, Najib mengumumkan penubuhan 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM386 juta.

Bermakna RM6.7 juta untuk setiap kedai. Ini menunjukkan kenaikkan kos sebanyak 15 kali ganda untuk satu kedai KR1M dalam tempoh satu tahun,” beliau menambah.

Keenam,beliau berkata, RM300 juta diperuntukkan untuk penswastaan pengurusan sisa pepejal di seluruh negara yang dijangka memberimanfaat pada syarikat berkepentingan politik dengan kerajaan pusat seperti Alam Flora, Southern Waste Management & E-Idaman

Ketujuh dan terakhir,beliau berkata, bajet ini memberikan insentif cukai untuk pemaju-pemaju yang mahu membina dan syarikat-syarikat yang mahu menempatkan syarikatmereka di Tun Razak Exchange yang dulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) termasuklah pengecualian cukai buat pemaju hartanah, pengecualian cukai pendapatan 10 tahun untuk syarikat berstatus TRX, pengecualian duti stem, elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepatkan untuk syarikat berstatus TRX Marquee.

“Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM26 bilion berserta anggaran kadar cukai 25%, bermakna RM6.5 bilion hasil akan dilepaskan oleh kerajaan,” ujar beliau.

Tuntas itu, katanya, kira-kira RM10.9 bilion secara umum diperuntukkan kepada kroni berwajib secara tidak langsung, manakala, RM4.2 bilion yang lain diagihkan kepada rakyat secara langsung melalui beberapa programyang didakwa seakan bermotif Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13)

“Tujuhperkara ini akan memberikan kita RM10.9 bilion, lebih daripada 2 ½ kali ganda RM4.2 bilion yang diperuntukkan Najib melalui pelbagai program pemberian dan gula-gula membeli undi,” tegas beliau.