ADUN, Ahli Parlimen dan MPKK edar topeng muka percuma kepada orang ramai

Admin

JEREBU… Keadaan jerebu yang melanda ketika ini, membuatkan beberapa pemimpin tempatan mengambil inisiatif mengedarkan topeng muka percuma kepada orang awam.

Di Jalan Langkawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo bersama-sama Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer mengedarkan 300 topeng muka jenis N95 berhadapan Masjid Acheh Kebun Lama sejurus jemaah selesai menunaikan solat Jumaat sebentar tadi.

Jagdeep berkata, ini merupakan kawasan pertama beliau membuat edaran bagi peringkat komuniti.

“Sebelum ini ada juga buat di kawasan sekolah, dan hujung minggu ini kita jangka mungkin akan edar di kawasan pasar pula,” ujarnya yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa.

Selain Jagdeep dan Rayer, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Prangin turut mengedarkan 500 topeng muka kepada orang ramai hari ini.

Edaran yang diketuai Pengerusi MPKK Prangin, Ahmad Shahreazal Abdul Rashid dilakukan sekitar jam 3 petang tadi bermula dari bulatan Lebuh Pantai sehingga ke Balai Bomba Lebuh Pantai.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD & ADUN