ADUN Bagan Jermal promosi karnival kesihatan, program derma darah 28 April

03acedd4 9a9e 4417 8554 456eebbee2ff

BAGAN JERMAL – Bertemakan ‘Bersama, Kita Selamatkan Nyawa’, karnival kesihatan dan program derma darah akan dilangsungkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwoang Hwa di sini pada 28 April 2024 mulai 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

35c2f17d ac05 4e0c bc50 e9a58a44cfef
CHEE Yeeh Keen

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media di Pusat Khidmat ADUN Bagan Jermal, Jalan Ceri off Jalan Raja Uda di sini pada pagi tadi.

“Penganjur hanya menyediakan 400 ‘goodies begs’ yang mana sasaran kita adalah 400 penyertaan, siapa cepat mereka dapat,” jelasnya sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran acara komuniti tersebut.

Selain program derma darah, Yeeh Keen memberitahu bahawa turut berlangsung secara serentak sempena penganjuran karnival tersebut adalah latihan praktikal bantuan pernafasan kecemasan (CPR) menggunakan mesin Automated External Defibrillator (AED), kendera saji, pemeriksaan kesihatan serta pameran awam berkaitan ‘medic bike, ambulans dan jentera bomba.

“Pada hari itu nanti, Neurosurgeon dari Hospital Pantai, Dr. Fee Teak Sheng akan menyampaikan ceramah kesihatan,” jelasnya.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga (JPWK), Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP), Code Blue Rescue Team, KC Ambulance, Pasukan Bomba Sukarela New Ferry, Big Pharmacy dan Persatuan Kebajikan Sehati Sejiwa Pulau Pinang merupakan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran karnival tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD